KOTA TINGGI – Ibu kepada Ahli Parlimen Tenggara yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Manndzri Nasib, meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, pada Sabtu.
Allahyarhamah, Ngainon Kasmoin, 80, meninggalkan lima orang anak termasuk Manndzri yang merupakan anak bongsu.