PRN Negeri Sembilan: 'Ini perjuangan hidup, mati kita, tolong sokong calon dipilih' - Aminuddin
Iklan
Aminuddin
SEREMBAN – Semua jentera dan ahli parti gabungan Pakatan Harapan (PH) diingatkan agar memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada sesiapa sahaja calon yang dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan datang.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pilihan raya kali ini merupakan perjuangan hidup dan mati buat gabungan terbabit.
Iklan
Iklan
Justeru, katanya, penting untuk seluruh anggota parti meletakkan kepentingan perjuangan mengatasi kepentingan peribadi sekali gus mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan peluang kemenangan.
“Saya tidak mahu mendengar dari mana-mana Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa ada pihak yang tidak menyokong calon yang diumumkan oleh pimpinan kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PH Negeri Sembilan di sini pada Jumaat.
Iklan
Beliau yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan berkata, setiap ahli parti perlu menerima keputusan pucuk pimpinan dengan hati terbuka serta mengelakkan sebarang bentuk pengkhianatan seperti mana yang telah dilakukan oleh UMNO-Barisan Nasional (BN).
Pada masa sama, Aminuddin turut menyifatkan tindakan parti gabungan Kerajaan Madani itu sebagai satu bentuk pengkhianatan yang sangat besar kepada PH di Negeri Sembilan.
Iklan
“Sebagai ahli parti, ahli jentera kita, saya mohon sungguh-sungguh, apa juga nama yang dipilih oleh pimpinan harus kita sokong dan tidak boleh khianat seperti yang dilakukan oleh sahabat kita (UMNO-BN).
“Ketika kita (Negeri Sembilan) dalam keadaan baik, memacu ekonomi, pembangunan dan kebaikan sosial semua, kita dikhianati,” katanya.
Namun beliau menganggap krisis politik yang sedang berlaku di negeri itu sebagai satu bentuk ujian yang dapat menguatkan lagi gabungan tersebut.
“Hari ini juga kita tahu tarikh pilihan raya kita yang mana kita akan menghadapi pilihan raya pada 1 Ogos dan ketika itulah saya minta sungguh-sungguh kepada seluruh rakyat untuk memikirkan siapakah yang patut mereka pilih.
“Saya yakin bahawa inilah masanya untuk mereka memberikan sokongan semula kepada PH untuk kita memerintah Negeri Sembilan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau secara peribadi mengakui agak terkejut dengan tarikh PRN Negeri Sembilan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak diadakan serentak dengan Johor.
Bagaimanapun, katanya, situasi itu memberi ruang yang lebih panjang kepada PH untuk berkempen serta meneruskan usaha mendekati rakyat.
“Kepada pengundi, jika sayangkan negeri ini, melihat pembangunan terus berjalan, masyarakat terus mempunyai peluang pekerjaan, pembangunan dan pelaburan meningkat... tolong pulang mengundi.
“Tunjukkan rasa tidak puas hati kepada mereka yang khianat kita,” katanya.
Aminuddin turut menyatakan harapan supaya peratusan keluar mengundi pada PRN negeri berkenaan kali ini dapat meningkat sehingga 80 peratus.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.