Karya Anak Pahang: Pahang tidak ketandusan bakat kreatif
Iklan
Khairul Anwar (duduk, tengah) bergambar bersama pemenang Karya Anak Pahang selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Karya Anak Pahang 2026 di Unit Komunikasi Strategik di sini pada Jumaat. Foto Sinar Harian.
KUANTAN – Penyertaan dalam Pertandingan Karya Anak Pahang membuktikan negeri ini tidak ketandusan bakat kreatif dalam bidang penulisan, fotografi dan penghasilan video.
Pengarah Komunikasi Strategik Negeri Pahang, Khairul Anwar Ahmad Nadzer berkata, pertandingan berkenaan berjaya menghimpunkan peserta daripada pelbagai kelompok masyarakat tanpa mengira usia, latar belakang pekerjaan dan kaum.
Iklan
Iklan
Menurutnya, keadaan menunjukkan bakat dalam tiga kategori tersebut bukan hanya dimiliki individu yang mempunyai latar belakang media atau kewartawanan.
Khairul Anwar. Foto Sinar Harian
Iklan
“Apabila kita lihat penerima hadiah hari ini, mereka datang daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang pekerjaan. Ada pelajar, guru, suri rumah dan ramai lagi yang menyertai pertandingan ini.
“Ini membuktikan rakyat Pahang mempunyai bakat yang besar dalam bidang kreatif dan kita tidak ketandusan bakat untuk menghasilkan karya yang berkualiti,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Karya Anak Pahang 2026 di Unit Komunikasi Strategik di sini pada Jumaat.
Seramai 100 pemenang yang menerima hadiah RM200 melibatkan pemenang bagi penyertaan dari Januari hingga April tahun ini.
Mengulas lanjut mengenai pertandingan itu, Khairul Anwar memaklumkan, sambutan yang diterima menunjukkan masih banyak kisah berkaitan Pahang yang boleh diketengahkan menerusi pelbagai bentuk karya kreatif di media sosial.
Jelasnya, pertandingan tersebut berlangsung sepanjang tahun dengan tema ditetapkan mengikut bulan tertentu dan pasti ia membuka peluang untuk rakyat di negeri ini menyertainya.
"Ada peserta yang berkongsi pengalaman Ramadan, Aidilfitri, sejarah negeri dan pelbagai lagi kisah yang dekat dengan kehidupan masyarakat.
“Ini secara tidak langsung memperlihatkan keunikan dan kepelbagaian cerita yang ada di Pahang,” ujar beliau.
Khairul Anwar menambah, selain mencungkil bakat, pertandingan itu turut membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta melalui tema yang memerlukan penyelidikan serta penggunaan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI).
Jelasnya, usaha tersebut selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk memperkasa modal insan dan menggalakkan rakyat menghasilkan kandungan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
“Daripada menggunakan media sosial untuk perkara yang tidak berfaedah, lebih baik ia dimanfaatkan untuk berkongsi cerita yang baik mengenai negeri ini.
“Kita mahu lebih banyak kisah berkaitan sejarah, budaya, pelancongan dan kehidupan masyarakat di Pahang diketengahkan supaya dapat memberi manfaat kepada orang ramai,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nahas empat maut: Kiriman swafoto makan nasi Arab jadi kenangan terakhir keluarga"><meta itemprop="description" content="Kiriman sekeping swafoto ketika menikmati hidangan nasi Arab di sebuah restoran di Kuala Lumpur menjadi kenangan terakhir empat beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap treler dalam nahas di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Bentong pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Tragedi menyayat hati itu mengorbankan A Halim Hasoon, 55, isterinya Rozita Buang, 58, anak perempuan mereka Norbahyah A Halim, 26, serta cucu perempuan, Nayla Afya Aizat, 1.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783884/edisi/pahang/nahas-empat-maut-kiriman-swafoto-makan-nasi-arab-jadi-kenangan-terakhir-keluarga
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KemalanganMaut #Temerloh #nahas #Treler"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-15T08:14:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/bdmjA1gBxHXbr7V9p/x120"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xafsdoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xafsdoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xafsdoq"></script>