JOHOR BAHRU - Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor akan terus beroperasi pada tahap minimum sebagai kerajaan sementara bagi memastikan pengurusan harian negeri berjalan lancar menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).
Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan 1 Jun lepas, segala urusan harian pentadbiran tetap berjalan seperti biasa dan memerlukan perhatian yang rapi.