Jaslinda ada semangat survival tinggi - Presiden Persatuan Malim Gunung Malaysia

Iklan
Muzafar (gambar kecil) berkata, faktor utama yang membolehkan Jaslinda terus bertahan bukan semata-mata kemahiran mendaki, sebaliknya kekuatan mental dan keazaman untuk keluar dari situasi mencabar.

IPOH - Keupayaan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, bertahan selama 15 hari di hutan sebelum ditemui selamat disifatkan sebagai bukti semangat survival yang tinggi.

Presiden Persatuan Malim Gunung Malaysia (PMGM), Muzafar Mohamad berkata, faktor utama yang membolehkan Jaslinda terus bertahan bukan semata-mata kemahiran mendaki, sebaliknya kekuatan mental dan keazaman untuk keluar dari situasi mencabar.

Iklan
Iklan

“Ini bukan soal kemahiran semata-mata, tetapi semangat untuk terus hidup dan keluar dari hutan. Survival dalam diri beliau itu sangat kuat,” katanya.

Jaslinda dibawa dari Kampung Lubuk Gaharu ke Hospital Tapah malam ini. Foto Bernama

Iklan

Beliau berkata, kawasan pencarian yang dilalui mangsa sebelum ditemui juga merupakan antara laluan yang pernah diterokai pasukan penyelamat dari pelbagai arah, sama ada melalui darat mahupun udara.

Katanya, berdasarkan jangkaan laluan yang dilalui mangsa, Jaslinda dipercayai bergerak mengikut aliran sungai yang menjadi antara faktor penting dalam memastikan kelangsungan hidup.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'

Jaslinda sudah ditemui - Polis

Jaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba

'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda

'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda

“Kalau ikutkan laluan yang dia ambil, kawasan itu sangat sukar, berlembah dan dipenuhi air terjun. Malah, pasukan malim sendiri menghadapi cabaran untuk sampai ke lokasi tersebut.

“Kebiasaannya dalam situasi begini, individu yang sesat akan cuba kekal berhampiran sumber air. Itu yang membantu dia untuk terus bertahan. Jika jauh dari sungai, kemungkinan untuk 'survive' itu lebih rendah,” jelasnya.

Aktiviti SAR giat dijalankan di Kem Kantoi hingga ke Gunung Rayu.

Penyelaras Kerja Malim Gunung bagi operasi mencari Jaslinda itu menasihatkan pendaki agar tidak bertindak di luar jangka sekiranya tersesat ketika melakukan aktiviti rekreasi di hutan atau gunung.

Jelasnya, pada peringkat awal kehilangan, pasukan penyelamat akan menumpukan pencarian di laluan sedia ada.

Tulisan tertera"HAFIZ AMBIK GAMBAR AKAK DH SAMPAI” itu ditinggalkan Jaslinda di atas tanah di puncak Gunung Batu Putih.

“Apabila mangsa bergerak semakin jauh, ia menyukarkan usaha menjejak dan melambatkan proses menyelamat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - Jaslinda

Saya tahu orang rumah saya kuat - Suami Jaslinda

Operasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira

'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' — Jaslinda

Beliau turut menekankan kepentingan sistem ‘buddy’ atau bergerak secara berkumpulan dalam setiap aktiviti rekreasi bagi meningkatkan tahap keselamatan.

“Kita meletakkan diri kita sepenuhnya kepada alam, jadi peluang untuk bertahan juga banyak bergantung kepada rakan.

Jaslinda yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada 24 Mei ditemukan dalam keadaan selamat pada Sabtu.

"Mereka inilah yang boleh membantu, memberi sokongan dan memastikan kita selamat dalam situasi kecemasan,” ujarnya.

Pada Sabtu, Jaslinda ditemui dalam keadaan selamat selepas dilihat berjalan seorang diri di atas jambatan di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh, Tapah.

Kehadiran itu disedari penduduk orang asli, Bah Roslan Bah Sulpok, 51, yang sedang memancing sekitar jam 5.10 petang.

Jaslinda yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada 24 Mei ditemukan dalam keadaan selamat pada Sabtu. Foto tular