Jaslinda alami cedera di kepala, bertahan minum embun, makan tumbuhan liar

Iklan
Sabarodzi Nor Ahmad

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang ditemukan selamat selepas hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, bertahan hidup dengan meminum air embun dan memakan tumbuhan liar sepanjang berada di dalam hutan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa turut memaklumkan tidak minum air selama tiga hari sebelum bergantung kepada sumber semula jadi untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Iklan
Iklan

Jaslinda tiba di hospital kira-kira 9.20 malam untuk menjalani pemeriksaan lanjut selepas operasi mencari dan menyelamat berjaya menemukan beliau dalam keadaan selamat. - Foto Bernama

“Untuk makanan pula, dia mengambil tumbuhan seperti beri atau tumbuhan liar yang terdapat di dalam hutan,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah di sini pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan awal, Jaslinda berada dalam keadaan stabil, hanya mengalami kecederaan ringan termasuk gigitan serangga serta luka kecil di kepala akibat terjatuh.

Katanya, kesan luka tersebut akibat terjatuh beberapa kali termasuk di kawasan sungai sepanjang usahanya mencari jalan keluar.

Iklan

Jaslinda Saludin ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih.

Mengulas laluan yang dilalui mangsa, Sabarodzi berkata, Jaslinda sebenarnya berada dalam kawasan pencarian pasukan penyelamat sepanjang tempoh kehilangan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'

Jaslinda sudah ditemui - Polis

Jaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba

Jaslinda ditemui penduduk Orang Asli di berhampiran sungai di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh di sini pada Sabtu.

'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda

'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda

'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - Jaslinda

Saya tahu orang rumah saya kuat - Suami Jaslinda

Beliau berkata, mangsa dilaporkan bergerak secara berulang-alik di kawasan sama termasuk sekitar Gunung Rayu dan Bukit Berapit.

Jaslinda dipercayai menyusuri laluan anak sungai sebelum akhirnya bertemu dengan pemancing yang membawanya keluar ke kawasan penempatan di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.

“Berdasarkan maklumat daripada mangsa, dia berpusing-pusing di kawasan pencarian kita, turun naik ke sungai dan kembali semula ke kawasan tinggi.

“Memang kawasan itu adalah sektor yang kita telah masuk termasuk menggunakan helikopter,” katanya.

Berhubung penemuan mangsa, Sabarodzi berkata, Jaslinda dipercayai menyusuri laluan anak sungai sebelum akhirnya bertemu dengan pemancing yang membawanya keluar ke kawasan penempatan di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.

Kegembiraan dan kelegaan jelas terpancar pada wajah ahli keluarga pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, ketika menyambut kepulangannya di Hospital Tapah malam ini selepas beliau ditemui selamat susulan kejadian ketika mendaki Gunung Batu Putih. Foto Bernama

Katanya, penduduk kampung kemudian membawa mangsa ke rumah Tok Batin sebelum pasukan bomba tiba untuk memberikan rawatan awal kira-kira jam 8 malam.

“Mangsa seterusnya dibawa keluar menggunakan jentera EMRS dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Hospital Tapah pada jam 9.20 malam,” katanya.