ENCORP dilantik bina rumah kakitangan FELDA
Iklan
Dari kiri: Suzana, Yusmadi, Ahmad Shabery, Ahmad Nizam dan Ahmad Harzimi ketika majlis menandatangani MoU itu dimeterai di Kuala Lumpur pada Jumaat.
KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Encorp Berhad (ENCORP) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi melaksanakan projek reka bentuk serta pembinaan perumahan untuk kakitangan FELDA.
Majlis menandatangani MoU itu berlangsung di Menara FELDA pada Jumaat dan disempurnakan oleh Pengarah Besar FELDA, Datuk Dr Suzana Idayu Wati Osman serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ENCORP, Ahmad Harzimi Mohd Taib.
Iklan
Iklan
Turut menyaksikan majlis tersebut ialah Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi ENCORP, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.
Menerusi kerjasama berkenaan, ENCORP dijangka dilantik sebagai kontraktor utama bagi mereka bentuk dan membina projek perumahan tersebut, tertakluk kepada kelulusan serta pemeteraian perjanjian muktamad antara kedua-dua pihak.
Iklan
Inisiatif itu dilihat selari dengan usaha FELDA untuk meningkatkan kebajikan warga kerjanya menerusi penyediaan kediaman yang lebih selesa, praktikal dan kondusif.
Menurut Ahmad Harzimi, ENCORP berbesar hati kerana diberikan kepercayaan untuk menyumbang kepakaran dalam aspek pembinaan bagi pembangunan FELDA.
Iklan
“ENCORP komited menyediakan kediaman yang moden, terancang dan berkualiti demi kesejahteraan warga kerja FELDA,” katanya dalam satu kenyataan.
Kerjasama tersebut turut memperkukuh peranan ENCORP dalam sektor pembangunan hartanah selepas kejayaan menyiapkan Fasa 1 Lamanda Chuping pada tahun 2024 melalui anak syarikatnya, Encorp Development Sdn Bhd.
Projek berkenaan menyediakan 224 unit kediaman kos rendah dan sederhana untuk warga peneroka serta generasi FELDA selain 17 unit premis komersial.
Dengan pengalaman menerusi pembangunan seperti Tilia Shah Alam dan perancangan fasa seterusnya Lamanda Chuping, ENCORP optimis dapat membawa standard pembangunan yang sama bagi merealisasikan projek perumahan kakitangan FELDA.
West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) menyumbang RM10,000 bagi menaja seekor seladang jantan di Zoo Taiping & Night Safari sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap pemuliharaan biodiversiti.
Pengarah Urusannya, Lyndon Alfred Felix berkata, sumbangan menerusi Program Anak Angkat Seladang itu bertujuan menampung kos pemeliharaan dan operasi haiwan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789091/bisnes/wce-sumbang-rm10000-jaga-kebajikan-seladang-jantan-zoo-taiping
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.