Pemergian Nur Inara Aisyah undang sebak

Iklan
Pemergian Nur Inara Aisyah mengundang rasa sedih dalam kalangan warga sekolah dan orang ramai turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

KUALA LUMPUR - Sekolah Kebangsaan (SK) Alam Damai menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga seorang murid sekolah itu yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Cheras menghala ke Jalan Loke Yew, di sini, pagi Rabu.

Pihak sekolah menerusi hantaran di media sosial memaklumkan, mangsa, Nur Inara Aisyah, anak kepada pasangan Shahrul dan Nuralsida, telah meninggal dunia pada Rabu.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak 8 tahun maut, motosikal dibonceng bersama ibu bapa kemalangan

"Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Masjid Al-Mukhlisin.

Iklan

"Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman serta para solihin," menurut hantaran tersebut.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut selepas motosikal yang dinaikinya bersama ibu bapanya terlibat dalam kemalangan tersebut.

Iklan

Pemergian murid berkenaan mengundang rasa sedih dalam kalangan warga sekolah dan orang ramai turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Pada Rabu, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut selepas motosikal yang dinaikinya bersama ibu bapanya terlibat dalam kemalangan tersebut.

Bapa mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan kedua-dua kaki, manakala ibunya cedera pada tangan kanan dan kini menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Bapa mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan kedua-dua kaki, manakala ibunya cedera pada tangan kanan dan kini menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati penunggang motosikal berusia 35 tahun itu yang membonceng isteri serta anak perempuannya dipercayai mencelah antara lorong kiri dan kanan ketika trafik sesak sebelum hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah Honda CR-V di lorong kanan.

Beliau berkata, sebuah lagi motosikal yang berada di belakang tidak sempat mengelak sebelum merempuh motosikal berkenaan dan terjatuh di atas jalan.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut selepas motosikal yang dinaikinya bersama ibu bapanya terlibat dalam kemalangan tersebut.

Akibat kejadian itu, kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.