Ribut petir, hujan lebat di lima negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri hingga jam 3 petang ini. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri hingga jam 3 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, keadaan itu berlaku di Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Jerantut) serta Selangor (Hulu Langat).

Iklan
Iklan

Keadaan sama dijangka melanda Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru). - Bernama

 

Iklan
Iklan