KKMM nafi beberapa lagi berita palsu

Iklan
Kenyataan dikeluarkan media dikeluarkan Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menafikan beberapa maklumat palsu yang tersebar antaranya Pasar Basah Dioh dan Taman Desa Jaya Melang di Kuala Pilah telah ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Melalui kenyataan media dikeluarkan oleh Pasukan Respon Pantas kementerian berkenaan pagi ini, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah telah menafikan dakwaan itu.

Iklan
Iklan

Selain itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan Majlis Daerah Yong Peng, Johor menafikan pihaknya ada melantik individu bagi tujuan mendapatkan bantuan berupa barangan mahu pun wang tunai.

Dalam kenyataan sama, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah turut menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluarkan surat tawaran kontrak membekalkan makanan bernilai RM47.5 juta.

Iklan
Iklan

"SKN Sabah menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluarkan surat tawaran kontrak kepada sebuah syarikat untuk membekalkan makanan di sembilan daerah bernilai RM47.5 juta," kata kenyataan itu.