JERANTUT - Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di sini, sejak 14 Mei lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintenden Arshad Ayob berkata, laporan polis berhubung kehilangan Ainul Maisarah Abu Bakar dibuat bapanya pada Sabtu iaitu selepas 15 hari remaja itu hilang.