Petsavers Insurance pelan perlindungan pertama untuk pemilik haiwan peliharaan mengembara

Iklan
Petsavers memperkenalkan Petsavers Insurance pelan perlindungan pertama untuk pemilik haiwan peliharaan mengembara.

KUALA LUMPUR - Petsavers memperkenalkan Petsavers Insurance sebagai pelan perlindungan pertama di Malaysia untuk pemilik haiwan peliharaan yang mengembara tanpa membawa haiwan kesayangan mereka.

Pelan itu dibangunkan menerusi kerjasama dengan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) bagi melindungi pemilik daripada kos lawatan veterinar tidak dijangka dan caj tambahan penginapan haiwan sekiranya berlaku gangguan perjalanan yang menyebabkan kelewatan kepulangan pemilik.

Iklan
Iklan

Pelancaran itu dilihat memenuhi kebimbangan pemilik haiwan moden yang risau meninggalkan haiwan kesayangan ketika berada jauh dari rumah.

Petsavers berkata, pelan berkenaan mengisi jurang dalam pasaran berkaitan perlindungan haiwan peliharaan ketika pemilik berada di luar kawasan.

Iklan

Tambahnya, Petsavers Insurance memberi tumpuan untuk memastikan kucing atau anjing terus dijaga dengan baik sekiranya berlaku situasi tidak dijangka semasa pemilik mengembara.

Pelan tersebut ditawarkan pada harga RM32 bagi setiap polisi dan direka agar mampu dimiliki serta mudah diakses rakyat Malaysia.

Iklan

Pelan tersebut ditawarkan pada harga RM32 bagi setiap polisi dan direka agar mampu dimiliki serta mudah diakses rakyat Malaysia.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Petsavers, Amanda Chong berkata, ramai pemilik haiwan tetap risau tentang keadaan haiwan peliharaan di rumah walaupun sedang bercuti.

"Petsavers Insurance diwujudkan bagi menyelesaikan kebimbangan emosi dan praktikal yang sebenar ini.

"Ia memberikan keyakinan lebih tinggi kepada pemilik untuk mengembara dengan tenang kerana haiwan mereka mempunyai lapisan perlindungan tambahan," ujarnya lagi.

Amanda menambah, kerjasama dengan Allianz General memberikan keyakinan dan jaminan tambahan kepada pelanggan.

Beliau berkata, Allianz General membawa kepakaran pengunderaitan (pengurusan perlindungan insurans) bertaraf dunia dan sokongan tuntutan yang kukuh kepada pelanggan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Runcit Allianz General, Linda Lor berkata, Petsavers Insurance mencerminkan komitmen syarikat dalam menyediakan penyelesaian inovatif yang memenuhi keperluan pelanggan.

Menurutnya, produk itu menawarkan perlindungan komprehensif untuk kos veterinar tidak dijangka dan perlindungan kemalangan untuk pemilik haiwan.

"Bagi kebanyakan pemilik haiwan, haiwan peliharaan merupakan ahli keluarga yang amat disayangi. Haiwan peliharaan juga terbukti mampu memberikan sokongan emosi, mengurangkan tekanan dan kesunyian selain menggalakkan gaya hidup lebih aktif," kongsinya lagi.

Pelan tersebut menawarkan perlindungan caj lawatan veterinar sehingga RM100 bagi setiap tuntutan termasuk kos ubat-ubatan, rawatan dan pembedahan sekiranya haiwan jatuh sakit ketika ditempatkan di pusat penginapan haiwan.

Selain itu, perlindungan sehingga RM500 bagi setiap tuntutan disediakan untuk lanjutan tempoh penginapan di hotel atau pusat penjagaan haiwan berdaftar akibat kelewatan perjalanan atau kemasukan pemilik ke hospital.

Pelan itu turut menyediakan perlindungan kewangan sehingga RM25,000 bagi setiap polisi untuk kematian akibat kemalangan, hilang upaya kekal dan elaun hospital harian.

Pelan perlindungan terbabit tidak memerlukan mikrocip untuk kelayakan perlindungan dan khusus untuk kucing serta anjing yang ditempatkan di pusat penginapan haiwan berlesen.

Petsavers Insurance diunderait (dilindungi) oleh Allianz General bagi memastikan tahap kebolehpercayaan dan keyakinan yang tinggi kepada pengguna.

Petsavers Insurance kini boleh didapati dan maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman rasmi Petsavers www.petsavers.com.my