Pemergian tiga pekerja pelantar minyak satu kehilangan besar pada industri - Wan Rosdy

Iklan
Wan Rosdy menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tiga pekerja yang terkorban ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di Platform Sepat di perairan Terengganu-Kelantan pada Ahad.

KUANTAN – Tiga pekerja pelantar minyak yang terkorban ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di Platform Sepat, di perairan Terengganu-Kelantan merupakan kehilangan besar kepada rakan sekerja serta industri yang mereka ceburi.

Mereka yang terkorban ialah Allahyarham Ahmad Fiqri Zakaria, Allahyarham Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustaman dan Allahyarham Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:

Tiga pekerja pelantar minyak maut, bot penyelamat terjatuh ke dalam laut

Iklan

Isteri sarat mengandung tak sangka panggilan video jadi kenangan terakhir

'Arwah suami tak sempat temankan saya berpantang anak kedua'

Iklan

Petronas sahkan insiden di FSO Sepat, siasatan masih dijalankan

Petronas sahkan insiden melibatkan pekerja kontraktornya

Tragedi bot penyelamat terjatuh: ​'Happy birthday kakak' ucapan terakhir Hafifi sebelum maut

Kerajaan pandang serius insiden maut pekerja pelantar minyak, pastikan keselamatan diperkukuh - PM

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, insiden berkenaan turut memberi kesan mendalam kepada ahli keluarga mangsa.

"Saya mendoakan agar roh ketiga-tiga Allahyarham dicucuri rahmat ALLAH SWT, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

"Kepada seluruh ahli keluarga mangsa, semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan insiden melibatkan tiga pekerja kontraktornya maut manakala seorang lagi cedera parah semasa kerja penyelenggaraan bot penyelamat di platform Sepat di perairan Terengganu-Kelantan semalam.

Dalam kenyataan pada Isnin, Petronas memaklumkan siasatan berhubung punca insiden sedang dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa yang berkaitan.