Jerantut, Rompin berisiko dilanda banjir esok

Iklan
Ramalan banjir berkenaan susulan amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada jam 8.30 pagi dan model-model ramalan banjir JPS. Gambar hiasan

KUANTAN – Daerah Jerantut dan Rompin diramal berdepan kemungkinan banjir bermula jam 1 pagi, esok hingga 11.59 malam, 14 November ini.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataannya memaklumkan, ramalan itu membabitkan kawasan dalam lembangan Sungai Rompin dan Sungai Pahang, terutama di kawasan rendah serta berisiko.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ramalan berkenaan susulan amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada jam 8.30 pagi dan model-model ramalan banjir JPS.

“Antara lokasi banjir di Rompin ialah kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar Lembangan Sungai Rompin di Kampung Aur, Kampung Meripoh, Kampung Tebu Hitam, Pantai Bernas, Kampung Ayau, Leban Chondong, Kampung Gading dan Kampung Sarang Tiong.

Iklan

“Lokasi lain adalah kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer Lembangan Sungai Pahang di sekitar Kampung Mikang, Kampung Buluh Nipis, Kampung Simpang Sepayang, Kampung Sepayang, Kampung Tebu Hitam, Kampung Tengah, Kampung Tekek, Perumahan Murah Kampung Tekek, Kampung Serinkin serta Kampung Janglau 1, 2 dan 3,” menurut kenyataan itu.

Bagi Jerantut, antara lokasi yang diramal berisiko ialah kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar Lembangan Sungai Pahang.

Iklan

Jelas kenyataan itu, ia membabitkan Perumahan Felda Jengka 24 di Blok 11, Taman Ria, Perumahan Sungai Jan serta Felda Gelanggi 1 dan 3.

"Lokasi lain termasuk Kampung Baharu, Kampung Besul dan Kampung Jerangsang, Kampung Sungai Siam, Kampung Lata Kasah, Kampung Kuala Pengau, Kampung Kuala Teh, Kampung Batu Balai, Kampung Sempadan, Felda Sungai Retang, Felda Padang Piol dan Kampung Paya Garuk," katanya.

Menurut PRABN, JPS akan membuat pemantauan berterusan dan mengeluarkan hebahan amaran banjir sekiranya hujan signifikan terus berlaku di lembangan sungai berkenaan.

“Banjir diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada tarikh dijangkakan.

“Semua agensi pengurusan bencana dan penduduk terutama di kawasan dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.