Polis sahkan ancaman bom palsu di sebuah bangunan di ibu negara malam tadi

Iklan
Unit Pemusnah Bom, Unit Anjing Pengesan dan Unit Forensik dikerah ke lokasi untuk melakukan pencarian dan mendapati ia ancaman bom palsu. Foto media sosial

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan terdapat ancaman bom palsu diterima di sebuah bangunan terkemuka di ibu negara malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 9.09 malam daripada seorang pengawal keselamatan bangunan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pengawal keselamatan tersebut memaklumkan dia telah menerima e-mel yang dihantar ke pusat khidmat pelanggan mengatakan terdapat individu meletakkan bom di tingkat 23 menara utara bangunan itu," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Chang Hook berkata, Unit Pemusnah Bom, Unit Anjing Pengesan dan Unit Forensik kemudian dikerahkan ke lokasi untuk melakukan pencarian dan mendapati ia ancaman palsu.

Iklan
Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 507 Kanun Keseksaan," katanya. - Bernama