Johor isytihar Isnin cuti peristiwa sempena kejayaan JDT menjuarai Piala Malaysia
Iklan
Pasukan JDT meraikan kejayaan selepas berjaya menewaskan pasukan Kuching City FC dengan keputusan 2-0 pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Foto: Bernama
JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan Isnin ini sebagai Hari Cuti Peristiwa sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia musim 2025/2026.
Pengisytiharan itu dibuat selepas skuad Harimau Selatan menewaskan Kuching City FC 2-0 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Iklan
Iklan
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, cuti peristiwa itu diumumkan atas perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Johor dan penyokong setia JDT atas sokongan tidak berbelah bahagi terhadap pasukan berkenaan.
"Sesungguhnya kemenangan ini adalah hadiah buat seluruh Bangsa Johor dan para penyokong JDT yang sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan dalam suka dan duka, di setiap perlawanan dan musim,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: JDT pertahan Piala Malaysia
Beliau berkata kejayaan itu membuktikan komitmen berterusan kepimpinan Johor dalam membangunkan bola sepak moden dan berprestasi tinggi sehingga JDT terus menjadi kebanggaan negeri serta disegani di peringkat nasional dan Asia.
Iklan
Onn Hafiz turut merakamkan penghargaan kepada barisan pemain, jurulatih, pengurusan pasukan serta seluruh keluarga besar JDT atas kejayaan membanggakan itu. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>