'Saya cuba panggil, tapi kepalanya sudah terputus berada di bawah kaki' - Bapa

Iklan
Seorang bapa, Wah Tee Tun, 49, menyaksikan sendiri anak sulungnya maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Losong Feri, di sini pada Selasa.

KUALA TERENGGANU - “Saya cuba panggil dan menggerakkan badan anak saya, tetapi saya dapati kepalanya sudah terputus dan berada di bawah kaki.”

Demikian detik memilukan diceritakan Wah Tee Tun, 49, apabila menyaksikan anak sulungnya maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Losong Feri, di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan

Menurut Tee Tun, rempuhan kuat sebuah kereta yang hilang kawalan menyebabkan sebatang tiang lampu patah sebelum melayang dan menembusi van dinaiki mereka.

“Badannya tidak mengalami kecederaan lain,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di rumah upacara pengebumian di Jalan Syed Zain, di sini pada Rabu.

Iklan

Dalam kejadian itu, tiang Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dilanggar turut tumbang dan tertembus ke dalam van sehingga terkena penumpang hadapan, manakala dua lagi individu dilaporkan cedera ringan.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja putus kepala, van ditembusi tiang JKR dirempuh kereta hilang kawalan

Iklan

'Saya beranikan diri tutup kepalanya yang putus'

Remaja putus kepala: 'Anak saya tunggu sambung pengajian di Politeknik' - Bapa

Mangsa, Wah Han Keong, 18, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian leher selepas van dinaiki bersama bapanya dirempuh sebuah Volkswagen Golf GTI.

Tee Tun berkata, ketika kejadian kira-kira jam 3.36 petang itu, mereka dalam perjalanan ke bandar untuk melakukan kerja-kerja pendawaian.

Menurutnya, sebuah kereta dari arah bertentangan dipandu laju sebelum terbabas, melanggar pembahagi jalan dan merempuh van mereka.

Bapa mendiang, Wah Tee Tun (kiri) kelihatan sebak ketika ditemui di rumah upacara pengebumian di Jalan Syed Zain, Kuala Terengganu pada Rabu, selepas anak sulungnya, Wah Han Keong, 18, maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Losong Feri pada Selasa.

Mendiang yang merupakan anak sulung daripada dua beradik difahamkan sedang menunggu keputusan permohonan menyambung pengajian dalam bidang automotif melalui Unit Pusat Universiti (UPU).

Han Keong dikatakan meminati bidang automotif dan telah memohon untuk melanjutkan pengajian di Politeknik Dungun atau institusi sama di Kota Bharu, Kelantan.

Tee Tun yang menetap di Banggol Peradong, Manir menyifatkan anaknya sebagai seorang yang rajin, jujur dan sentiasa membantu keluarga dengan bekerja bersamanya selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Mayat mendiang dijadualkan dibawa ke Kelantan pada Khamis untuk urusan pengebumian.

Menurutnya, keluarga akan mengambil tindakan undang-undang melalui peguam kerana insiden tersebut bukan berpunca daripada mereka dan turut mempunyai rakaman video kejadian.

Mayat mendiang dijadualkan dibawa ke Kelantan pada Khamis untuk urusan pengebumian.

Dalam kejadian itu, tiang Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dilanggar turut tumbang dan tertembus ke dalam van sehingga terkena penumpang hadapan, manakala dua lagi individu dilaporkan cedera ringan.