Murid Tahun 6 meninggal dunia, pengsan selepas baca Yasin dalam dewan sekolah

Iklan
Mangsa kemudiannya dibawa ke HTAR untuk rawatan susulan bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital. Foto hiasan

KLANG - [DIKEMAS KINI] Seorang murid lelaki dilaporkan pengsan ketika perhimpunan sebuah sekolah di Kapar sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kanak-kanak itu berumur 12 tahun dan merupakan murid tahun enam di sekolah terbabit.

Iklan
Iklan

"Mangsa dilaporkan pengsan kira-kira jam 8.30 pagi ketika perhimpunan di sekolah terbabit.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke HTAR untuk rawatan susulan bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Difahamkan mangsa pengsan selepas mengikuti aktiviti bacaan Yasin yang diadakan di dewan sekolah terbabit.

Katanya, bedah siasat dijalankan terhadap kanak-kanak itu mendapati tiada sebarang unsur jenayah berhubung kejadian.

Iklan

"Setakat ini punca kematian belum dapat disahkan (pending laboratory investigations).

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.