JAKARTA - Ombak laut sehingga empat meter diramal melanda perairan selatan Bali dan bahagian selatan Selat Lombok dari 9 hingga 12 Mei, menurut agensi cuaca Indonesia pada Jumaat.
Balai Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BBMKG) turut meramalkan ombak di bahagian utara Selat Lombok, bahagian selatan Selat Bali, Selat Badung dan perairan utara Bali boleh mencapai ketinggian sehingga 2.5 meter.