Tarikh baharu sidang DUN Perlis pada 3 hingga 5 Jun
Iklan
Sidang DUN Perlis penggal keempat yang ditangguhkan sebelum ini ditetapkan semula pada 3 hingga 5 Jun ini.
KANGAR - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis penggal keempat yang ditangguhkan sebelum ini ditetapkan semula pada 3 hingga 5 Jun ini.
Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, penetapan tarikh baharu itu telah diperkenankan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, kerajaan negeri sedang merangka hala tuju kepimpinan termasuk penubuhan jawatankuasa peneraju ataupun jawatankuasa perancang Perlis maju yang akan diumumkan semasa penggulungan sidang DUN nanti.
"Kita sedang menyusun hala tuju untuk ekonomi, pelancongan, agama, pendidikan dan sebagainya. Fokus kepada hala tuju itu mengambil masa, (sebab itu) saya memohon dan mencadangkan pindaan tarikh dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Iklan
"Jadi saya yakin dengan tarikh baharu yang telah diperkenankan iaitu 3 hingga 5 Jun, persiapan untuk kita umumkan hala tuju pembangunan ekonomi Perlis akan dibentangkan pada sidang DUN nanti,” katanya.
Terdahulu, surat pemakluman mengenai penangguhan sidang DUN Perlis yang sepatutnya berlangsung dari 21 hingga 23 April itu dikeluarkan pada 17 April lepas, sebelum ia tular di media sosial hingga menimbulkan pelbagai spekulasi. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan"><meta itemprop="description" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskelewatanpenerimaanbajatambahan #bajatigpesawah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-13T10:10:51.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaxe1em"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaxe1em"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaxe1em"></script>