Jambatan Kota Tinggi Bypass dijangka siap akhir Julai

Iklan
Ahmad menunjukkan laporan kemajuan projek pembinaan Jambatan Kota Tinggi Bypass ketika mengadakan lawatan ke Pejabat JKR Kota Tinggi.

KOTA TINGGI - Kemajuan fizikal untuk Projek Jambatan Kota Tinggi Bypas sudah mencecah 86 peratus dan dijangka siap sepenuhnya akhir pada 28 Julai.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jambatan yang dibina dengan kos RM104 juta melibatkan empat lorong dengan dua hala yang mempunyai panjang 464 meter panjang dan 22.6 meter lebar.

Iklan
Iklan

"Selain itu, jalan sepanjang 1,359 meter menuju ke jambatan akan dibina di kedua-dua arah. Projek ini dimulakan pada September 2020 dan semasa pandemik Covid-19 dihentikan.

"Jambatan lama akan dirobohkan selepas projek ini siap," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Tinggi pada Selasa.

Iklan

Sementara itu, beliau berkata, JKR daerah juga akan melakukan kerja-kerja menyelenggara jalan Persekutuan sepanjang 772.91 kilometer (km) dan jalan negeri 135.59 km.

Jelas Ahli Parlimen Pontian itu, ia merangkumi kerja-kerja rutin, berkala, turapan serta bukan turapan, saliran, pembetung dan cerun.

Iklan

Beliau memberitahu, sehingga April lalu sebanyak RM42.863 juta diperuntukkan bagi penyelenggaraan jalan Persekutuan termasuk pembaikan jalan, sistem perparitan dan penambahbaikan perabot jalan serta papan tanda.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, tiga projek jalan Persekutuan bernilai RM10 juta dan satu projek mitigasi banjir kerajaan negeri bernilai RM2.3 juta sedang dilaksanakan.

"Selain itu, 24 projek tambahan blok sekolah dirancang di daerah ini sebagai perintis penempatan murid enam tahun ke Darjah 1 pada tahun depan menggunakan kaedah modular dan IBS, dengan lapan projek diberi keutamaan mulai Mei manakala selebihnya secara berperingkat.

"Sebanyak RM8.6 juta turut diperuntukkan bagi projek naik taraf dan penyelenggaran bangunan institut latihan, sekolah dan pejabat kerajaan," katanya.