Banjir kilat: Beberapa jalan sekitar Seksyen 13 dinaiki air

Iklan
Tangkap layar keadaan beberapa jalan sekitar Seksyen 13, Shah Alam dalam kejadian banjir kilat pada Isnin.

SHAH ALAM – Beberapa jalan sekitar Seksyen 13 di sini dinaiki air dalam kejadian banjir kilat susulan hujan lebat pada Isnin.

Perkongsian video tular di media sosial mendapati, laluan utama di kawasan berkenaan ditenggelami air sehingga menjejaskan kelancaran trafik.

Iklan
Iklan

Air dilaporkan naik secara mendadak dalam tempoh singkat selepas hujan berterusan dianggarkan lebih sejam.

Antara laluan terjejas termasuk jalan berhampiran kawasan komersial serta laluan utama menuju ke pusat bandar Shah Alam.

Iklan

Keadaan itu mengakibatkan kenderaan bergerak perlahan, malah terdapat pemandu yang memberhentikan kenderaan di bahu jalan bagi mengelakkan kerosakan enjin.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan, beberapa kenderaan dilihat meredah air yang hampir mencecah paras tayar.

Iklan

Sinar Harian dalam pada itu sedang mendapatkan pengesahan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berhubung kejadian.