Remaja perempuan dicekup tanpa seurat benang bersama teman lelaki di hotel
Iklan
Seorang remaja perempuan ditahan dalam keadaan tidak berpakaian bersama teman lelakinya yang hanya berseluar dalam selepas dipercayai berkhalwat di sebuah hotel.
KLUANG – Seorang remaja perempuan ditahan dalam keadaan tidak berpakaian bersama teman lelakinya yang hanya berseluar dalam selepas dipercayai berkhalwat di sebuah hotel di bandar ini pada Khamis.
Remaja berusia 19 tahun itu bersama lelaki berumur 23 tahun dicekup dalam operasi yang dijalankan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira jam 1.30 pagi.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan JAINJ, sebaik tiba di lokasi, pihak penguat kuasa mengetuk pintu bilik hotel sebelum dibuka oleh seorang lelaki kira-kira dua minit kemudian.
“Lelaki tersebut cuba menutup semula pintu selepas menyedari kehadiran penguat kuasa, namun tindakan itu berjaya dihalang.
Iklan
“Pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan hanya memakai seluar dalam, manakala seorang lagi individu didapati bersembunyi di bawah selimut di atas katil,” menurut kenyataan itu.
Tambah JAINJ, hasil pemeriksaan lanjut oleh pegawai wanita mendapati remaja perempuan terbabit tidak berpakaian sebelum diarahkan ke bilik air dengan menutup tubuh menggunakan selimut untuk menyalin pakaian.
Iklan
Pasangan berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan cemas dan merayu agar tidak dikenakan tindakan.
“Mereka mengaku hanya mempunyai hubungan sebagai pasangan kekasih. Lelaki itu memaklumkan datang dari daerah lain sejauh kira-kira 50 kilometer dengan menaiki kereta.
“Pada awalnya mereka keluar bersiar-siar dan makan sebelum mengambil keputusan untuk menginap di hotel kerana tidak sempat pulang disebabkan sudah lewat malam,” katanya.
JAINJ memaklumkan, keterangan kedua-dua individu telah direkodkan dan ibu bapa mereka turut dihubungi bagi tujuan jaminan.
Kes tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 atas kesalahan berkhalwat.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.