Makruh, haram pancing ‘tangkap dan lepas’

Iklan
MENANGKAP dan melepaskan kembali ikan dihukumkan sebagai makruh dan boleh menjadi haram. Foto Canva

Soalan

Dalam banyak kategori pemancing, ada yang menggunakan teknik catch and release (tangkap dan lepas). Apakah hukum perbuatan ini?

Iklan
Iklan

Jawapan

Hukum memancing asalnya adalah perbuatan harus seperti kebiasaan yang diamalkan iaitu memancing ikan dan memakannya atau mengambil manfaat daripadanya seperti untuk dijual dan sebagainya.

Iklan

Bagaimanapun, ada sebahagian pemancing menggunakan teknik catch and release ini atas alasan tiada keperluan untuk memakannya atau hanya sekadar hobi.

Perbuatan tersebut juga boleh dihukumkan haram sekiranya ia memudaratkan dan menzalimi ikan seperti membiarkan ia bukan di dalam air sehingga mati.

Iklan

Ia sering terjadi kepada ikan yang tidak sedap dimakan atau ikan yang tidak boleh dimakan seperti buntal.

Bagaimanapun, ada sebahagian ulama menghukumkan harus untuk catch and release atas alasan ikan terlalu kecil dan ada ketikanya ikan wajib dilepaskan atas faktor undang-undang kerana ia merupakan spesies yang dilindungi.