Ambil upah bersihkan rumah ibadat bukan Islam

Iklan
HARAM mengambil upah membersihkan rumah ibadat bukan Islam, begitu juga haram bergotong-royong membersihkannya.

Soalan

Saya mendapat tawaran untuk membersihkan rumah ibadat bukan Islam. Apakah ia dibenarkan dalam ajaran Islam?

Iklan
Iklan

Jawapan

Perbuatan mengambil upah membersihkan rumah ibadah bukan Islam ini sama seperti kejadian yang tular baru-baru ini iaitu bergotong-royong membersihkan rumah ibadat agama lain.

Iklan

Ia sama sekali bercanggah dengan akidah Islam iaitu termasuk dalam membantu menyediakan ruang bagi upacara penyembahan, sedangkan kita tahu hanya ALLAH SWT yang selayaknya disembah.

Mufti Pulau Pinang, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman dalam kes membersihkan rumah ibadah bukan Islam menjelaskan, umat Islam perlu menjaga batas akidah dan syariat dalam setiap aktiviti termasuk dalam gotong-royong atau perpaduan.

Iklan

Menurutnya, agama Islam tidak pernah melarang umatnya berbuat baik dan menjalinkan hubungan harmoni dalam masyarakat berlainan agama, namun tetap ada batasan syariat yang wajib dijaga.

Ia selaras dengan firman ALLAH SWT: “Dan janganlah kamu saling membantu dalam melakukan perbuatan dosa dan permusuhan.” (Surah al-Maidah: 2)