MIRI - Seorang lelaki rentung dalam kebakaran selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan sebuah lori muatan tanah dan sebuah kereta di Jalan Miri By Pass di sini pagi Jumaat.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, mangsa berusia 40 tahun itu ditemukan rentung di dalam kereta jenis Subaru BRZ itu.