Lelaki dipercayai lakukan ritual agama lain didakwa esok

Iklan
JAIS dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Rawang pada 10 pagi. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa melakukan ritual agama bertentangan dengan hukum syarak akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah esok.

JAIS dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Rawang pada 10 pagi.

Iklan
Iklan

"Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4 (Pemujaan Salah) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad mengesahkan penahanan lelaki berusia 21 tahun itu bersama-sama ibunya berusia 52 tahun di Kuala Lumpur pada 13 Okt bagi membantu siasatan kes tersebut.

Iklan

Beliau berkata, penahanan dibuat menerusi waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dan dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Dua individu itu disiasat mengikut Seksyen 4 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. - Bernama

Iklan