Selepas tiga hari, jasad suami ditemui bawah pam menyedut pasir

Iklan
Seorang pekerja pengorek pasir yang dipercayai tergelincir dari bot di Sungai Kelantan ditemukan lemas kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian di Kampung Chekok, Serendah di sini pada Selasa.

KOTA BHARU – Suasana pilu menyelubungi sebuah jeti di Kedai Piah di sini pada Selasa apabila seorang wanita meraung sebelum rebah sebaik melihat jasad suaminya yang ditemukan lemas selepas lebih 48 jam dilaporkan hilang.

Nor Asnida Mohd Tarmizi, 32, tidak dapat menahan kesedihan ketika melihat jasad suaminya, Muhammad Aqbar Che Abdullah, 35, yang ditemukan penduduk kampung dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Sungai Kelantan.

Iklan
Iklan

Muhammad Aqbar yang bekerja sebagai pengorek pasir dipercayai tergelincir dan terjatuh dari bot ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di lokasi pam menyedut pasir pada Ahad lalu.

Mayat mangsa yang dibawa menaiki bot untuk dihantar ke daratan.

Iklan

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di bawah pam menyedut pasir kira-kira jam 8 pagi, kira-kira 20 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh di Kampung Chekok, Serendah, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Fakaruddin Brahim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu daripada penduduk kampung sebelum anggota bomba dikerahkan ke lokasi.

Iklan

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati mayat seorang lelaki berada di kawasan tersebut.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian pada Selasa.

Muhammad Aqbar Che Abdullah, 35, ditemukan dalam keadaan tertiarap di bawah pam menyedut pasir kira-kira jam 8 pagi oleh penduduk kampung yang turut menyertai operasi mencari mangsa.

Sementara itu, seorang penduduk, Zamri Abdullah, 60, berkata, dia mengetahui mengenai penemuan mangsa ketika menyertai usaha mencari bersama tiga rakannya.

Menurutnya, Muhammad Aqbar merupakan rakannya dan penemuan itu melegakan mereka selepas usaha pencarian dilakukan sejak mangsa dilaporkan hilang.

“Muhammad Aqbar merupakan rakan saya dan kami bersyukur apabila mayatnya ditemukan selepas lebih 48 jam hilang.

“Saya bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu pasukan bomba mengangkat mayat mangsa sebelum dibawa ke jeti Tok Imam Yie,” katanya.