Trump beri amaran kepada Iran, berhenti caj kapal di Selat Hormuz

Iklan
Donald Trump. Foto: Agensi

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran kepada Iran supaya tidak mengenakan bayaran ke atas kapal tangki minyak yang melalui Selat Hormuz, susulan laporan bahawa Tehran didakwa mengenakan caj kepada kapal yang melalui laluan strategik itu.

Trump menerusi hantaran di platform Truth Social pada Khamis menegaskan, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku dan perlu dihentikan segera.

Iklan
Iklan

“Jika benar mereka mengenakan bayaran, mereka perlu berhenti sekarang,” tegasnya.

Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan di Asia Barat masih memuncak, dengan Selat Hormuz yang mengendalikan kira-kira satu perlima perdagangan minyak dunia berdepan gangguan serius susulan konflik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran.

Iklan

Laporan antarabangsa sebelum ini menyebut Iran sedang mempertimbangkan atau telah mengenakan caj terhadap kapal yang melalui selat tersebut, sekali gus mencetuskan bantahan daripada negara Barat yang menegaskan prinsip kebebasan pelayaran antarabangsa.

Langkah itu juga dilihat berpotensi meningkatkan lagi ketidaktentuan pasaran tenaga global, selain memberi tekanan kepada laluan perdagangan minyak utama dunia. - Agensi

Iklan