Amaran ribut petir di KL, 11 negeri

Iklan
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur serta 11 negeri sehingga jam 9 malam ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 11 negeri sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan selain ibu negara, cuaca buruk dijangka melanda seluruh kawasan di Pulau Pinang dan Perak.

Iklan
Iklan

Di Kedah, kawasan yang terjejas ialah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), manakala di Selangor melibatkan Hulu Selangor dan Gombak.

Keadaan itu turut diramal berlaku di beberapa kawasan di pantai timur melibatkan Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) serta Pahang di (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin).

Iklan

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan, serta Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Kulai di Johor.

Sementara itu, di Sabah, kawasan yang terlibat merangkumi bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

Iklan

Di Sarawak kawasan yang dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit (Song dan Kapit), Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang. - Bernama