Dendam, persaingan perniagaan cetus serangan ganas di pusat hiburan

Iklan
Laporan Sinar Harian dan Datuk Fadil Marsus (kiri).

KUALA LUMPUR – Perselisihan faham antara pesaing perniagaan serta unsur dendam peribadi dipercayai menjadi punca serangan ganas terhadap sebuah pusat hiburan di Cheras, Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati dipercayai wujud konflik antara dua pihak yang membawa kepada kejadian tersebut.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati terdapat persaingan perniagaan serta unsur dendam antara pihak terlibat yang mencetuskan serangan ini,” katanya.

Beliau berkata, kira-kira 60 individu dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

Iklan

Menurutnya, kumpulan tersebut bertindak secara terancang dengan menggunakan senjata seperti kayu besbol untuk merosakkan premis.

"Bahagian hadapan, lobi serta beberapa bilik di dalam premis mengalami kerosakan akibat tindakan kumpulan terbabit,” katanya.

Iklan

Fadil berkata, setakat ini seramai 45 individu telah ditahan bagi membantu siasatan.

"Polis percaya masih terdapat suspek lain termasuk dalang utama yang masih bebas dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan,” katanya.

Tambah beliau, kes itu turut menarik perhatian pihaknya kerana melibatkan unsur keganasan seolah-olah satu rusuhan.