IPOH - Peserta menyertai acara larian dengan mengayakan pakaian tradisional pada acara Lebarun Fun Run sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru hari ini.
Kira-kira 500 peserta mengambil bahagian dalam acara larian sepanjang lima kilometer yang dianjurkan oleh Kelab Olahraga Bagirun bermula seawal jam 7 pagi yang dimulakan dengan sesi senamrobik dan regangan awal. - Foto Bernama