Penyu belimbing mendarat di Terengganu

Iklan

DUNGUN - Seekor penyu belimbing mendarat dan bertelur sebanyak 70 biji di Pantai Kuala Abang awal pagi tadi, sekali gus merupakan pendaratan kali ketiga spesies penyu terbesar di dunia itu direkodkan di Terengganu bulan ini.

Ibu penyu berukuran 2.15 meter panjang dan 1.15 meter lebar itu kembali ke laut kira-kira 5 pagi, manakala telurnya dipindahkan ke tempat penetasan di Pusat Konservasi Penyu, Rantau Abang untuk dieram. - Bernama

Iklan
Iklan