DUNGUN - Berniaga sambil bersedekah menjadi amalan seorang suri rumah di Kampung Minda di sini yang menjual sayur-sayuran segar pada harga serendah RM2 seplastik sejak Mei lepas bagi membantu penduduk setempat mendapatkan keperluan dapur pada harga berpatutan.
Peniaga, Wan Azura Wan Ahmad, 35, berkata, perniagaan itu dijalankan bagi meringankan beban penduduk setempat, di samping memasarkan hasil tanaman yang diusahakan suaminya, Sulaiman Ismail, 37, di kampung berkenaan. - Bernama