KAMPUNG Tandiap muncul juara keseluruhan pada Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2026 di Kuala Perlis, hari ini.
Pesta air yang berlangsung dari 18 hingga 20 September itu menghimpunkan penyertaan 19 kampung sekitar Kuala Perlis dalam pelbagai acara berteraskan tradisi dan budaya masyarakat pesisir pantai, termasuk perlumbaan perahu tradisional, pukul bantal, panjat tiang licin dan pertandingan keceriaan kampung.
Pesta tahunan itu bukan sahaja menjadi medan mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk, malah turut mengetengahkan keunikan warisan, budaya dan kehidupan masyarakat pesisir pantai Kuala Perlis kepada pengunjung dari dalam dan luar negara.- Bernama