Lelaki dicekup bersama lebih satu kilogram methamphetamine

Iklan
Sejumlah dadah yang dirampas susulan penahanan suspek pada Khamis. Foto FB Polis Temerloh

TEMERLOH - Seorang lelaki disyaki pengedar dadah ditahan bersama lebih 1.02 kilogram dadah jenis methamphetamine hasil serbuan di kawasan Charuk Puting di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, suspek berusia 42 tahun ditahan kira-kira jam 5 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tangkapan ke atas suspek itu dilakukan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

"Susulan penahanan suspek, polis turut menyita sebuah kenderaan utilili sukan (SUV) jenis Honda HRV.

Iklan

"Anggaran nilai rampasan keseluruhan termasuk dadah lebih RM112,000," katanya.

SUV dipercayai milik suspek turut disita sebagai barang kes. Foto FB Polis Temerloh

Iklan

Mohd Nasyim berkata, hasil semakan mendapati suspek memiliki beberapa rekod lampau berkait kes dadah.

Katanya, suspek direman selama lima hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952

"Polis Temerloh akan meneruskan risikan dan tindakan membanteras aktiviti pengedaran dan penagihan dadah secara proaktif.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dadah diminta menyalurkan kepada polis melalui talian 09-2716222 atau e-mel, kpdtemerloh@rmp.gov.my atau ke mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.