Dukun mengaku 'tuhan kedua' tiduri, cabul isteri pesakit

Iklan
Perbuatan keji KS alias Jolowos yang memperdaya isteri 'pesakit' akhirnya terbongkar. Foto Agensi

JAKARTA - Perbuatan keji seorang dukun penipu yang mengaku dirinya sebagai 'tuhan kedua' akhirnya terbongkar.

Menerusi laporan detikjatim pada Khamis, pelaku KS alias Jolowos, 40, di Magetan, Jawa Timur di Indonesia bertindak mencabul dan melakukan hubungan intim dengan isteri 'pesakitnya' berulang kali.

Iklan
Iklan

Menurut laporan detikjatim pada Khamis, mangsa diperkenalkan kepada suspek oleh jiran tetangganya selepas dia mengaku mampu merawat orang sakit memandangkan suaminya menderita strok pada awal 2023.

Kapolres Magetan AKBP Raden Erik Bangun Prakasa berkata, pelaku menggunakan tipu muslihat yang tidak masuk akal untuk memperdaya mangsa.

Iklan

"Dia turut mengaku sebagai 'utusan tuhan' untuk menyembuhkan suami dan menghapuskan dosa-dosa wanita tersebut. Pelaku kemudiannya memaksa mangsa untuk bersetubuh dengannya sebagai syarat ritual mengubat dan membersihkan dosa. Dia juga meminta gambar bogel daripadanya.

"Wanita itu hanya menuruti permintaan mengarut suspek selepas dia mengancam mahu membuatnya hamil secara ghaib," menurut Raden lagi. - Agensi

Iklan