JOHOR BAHRU – [DIKEMAS KINI] Seramai 15 pelajar dan tiga warden berdepan detik cemas selepas asrama Maahad Tahfiz Sains Al-Insyiriah di Taman Tampoi Utama di sini terbakar pada petang Khamis.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I Amimuzamam Aini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.35 petang.