Pelajar MRSM maut dalam kebakaran lima sekeluarga di Raub raih 5A SPM

Iklan
Allahyarham Ruby Adira Batreisya

KUANTAN – Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong, Allahyarham Ruby Adira Batreisya Mohd Alawi, 17, yang terkorban dalam kebakaran rumah bersama empat ahli keluarganya di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, Raub, Februari lalu memperoleh 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang diumumkan Selasa lalu.

Perkara itu dikongsi Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Iklan
Iklan

Melalui hantaran di Facebooknya, Dr Asyraf Wajdi sebak apabila dimaklumkan mengenai keputusan peperiksaan pelajar itu.

“Sebak sungguh rasa apabila terima laporan Arwah Ruby Adira Batreisya pelajar MRSM Bentong yang meninggal akibat musibah kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Raub pada Ramadan lalu mendapat 5A dalam SPM.

Iklan

“Kita sedekahkan al-Fatihah buat Almarhumah,” katanya dalam perkongsian itu.

Ruby Adira Batreisya bersama ibu bapanya, Mohd Alawi Muhammad, 56, dan Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta dua adiknya, Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azyan Barizah, 10, terkorban dalam tragedi menyayat hati itu pada 26 Februari lalu.

Iklan

Dua lagi adik-beradiknya, Ruby Adalia Balqis, 19, dan Ahmad Balia Murqam, 15, kini yatim piatu.

Kebakaran itu turut memusnahkan tiga buah kereta dan tiga buah motosikal.