KUANTAN - Hujan lebat berterusan selama tiga jam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kampung Janda Baik, Bentong dinaiki air hingga menjejaskan 34 keluarga, pada Ahad.
Ekoran banjir kilat yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 6 petang itu, semua 105 mangsa yang terlibat dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Janda Baik.