KOTA BHARU - Syabu bernilai RM5.7 juta ditemukan dalam sebuah bot di Sungai Peng, Pengkalan Chepa di sini semasa serbuan dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Ahad.
Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan pada jam 12.30 tengah malam itu dilakukan oleh anggota Risik Batalion 9 selepas menemui sebuah bot berwarna biru dalam keadaan mencurigakan di dalam semak dan ditinggalkan tanpa pemilik.