KUALA LUMPUR - Seluruh Perlis, empat daerah di Kedah dan satu di Perak mencatatkan gelombang haba Tahap 2, manakala 13 kawasan lain di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 iaitu berjaga-jaga.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan dalam kemas kini status cuaca panas pada jam 4 petang, empat daerah di Kedah yang terlibat ialah Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Baling manakala Perak melibatkan daerah Hulu Perak.