Isi minyak dalam tong berisiko cetus kebakaran akibat elektrik statik – Pakcik Shell

Iklan
Orang ramai diingatkan supaya tidak mengisi minyak ke dalam tong yang diletakkan di dalam but kereta atau di atas lantai stesyen minyak.

SHAH ALAM – Orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika mengisi minyak ke dalam tong kerana ia berisiko menyebabkan kebakaran akibat pengumpulan elektrik statik.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain atau lebih dikenali sebagai Pakcik Shell berkata, situasi tersebut boleh berlaku sekiranya langkah keselamatan tidak dipatuhi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, elektrik statik boleh terkumpul ketika proses pengisian minyak, sekali gus berpotensi mencetuskan percikan api.

"Isi minyak dalam tong boleh menyebabkan kebakaran berpunca daripada elektrik statik yang mula berkumpul.

Iklan

"Gunakan tong yang diluluskan, corong besi dan wayar bonding yang disediakan di stesen minyak bagi mengurangkan risiko," katanya menerusi hantaran di Intagram pada Rabu.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan agar orang ramai tidak mengisi minyak ke dalam tong yang diletakkan di dalam but kereta atau di atas lantai stesyen minyak.

Iklan

Katanya, tindakan tersebut boleh meningkatkan risiko pengumpulan cas statik dan seterusnya membahayakan keselamatan.