TEHRAN - Ketua Komander Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran, Laksamana Muda Alireza Tangsiri berkata, laluan mana-mana kapal menerusi Selat Hormuz memerlukan koordinasi penuh dengan pihak berkuasa maritim negara itu.
Menurut beliau dalam catatan di akaun X pada Selasa:"Kapal kontena SELEN diarah berundur selepas ia gagal mematuhi protokol undang-undang dan tidak mempunyai permit yang diperlukan untuk melalui Selat Hormuz," lapor Agensi Berita Mehr.