Orang Georgetown dah mula patuh PKP di pasar
Iklan
Soffian memantau penjarakkan sosial orang ramai yang di Pasar Awam Air Itam tadi.
GEORGETOWN - Semua pasar awam di daerah Timur Laut sudah mematuhi penjarakkan sosial seperti yang ditetapkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pemantauan pihak berkuasa termasuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), penduduk sekitar sudah mula faham dan mematuhi arahan yang dikeluarkan itu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pihak berkuasa yang bertugas sentiasa memantau supaya tidak berlaku kebanjiran pembeli seperti minggu pertama pelaksanaan PKP.
"Semua pasar awam termasuk tiga pasar di kawasan 'hot spot' iaitu di Air Itam, Jelutong dan Jalan Perak sudah mematuhi arahan ketika membeli barangan keperluan di pasar. Keadaan ini menunjukkan peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat.
Iklan
"Selain itu, peratusan pematuhan PKP di seluruh daerah Timur Laut termasuk empat kawasan 'hot spot' ini mencapai 95 peratus. Walaupun peratusan pematuhan tinggi namun pihak berkuasa akan terus melakukan pemantauan," katanya kepada media di sini hari ini
Terdahulu, Soffian bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Joseph Ng Soon Siang memantau Pasar Awam Air Itam di sini selepas seminggu pelaksanaan penutupan jalan di kawasan tersebut.
Iklan
Beliau berkata, pemantauan berterusan di bandar ini mendapati jumlah kenderaan berkurangan terutamanya selepas jam 8 malam.
"Jumlah kenderaan berkurangan dan paling ketara selepas jam 8 malam. Peratusan kenderaan yang berada di jalan raya hanya antara satu hingga dua peratus sahaja. Faktor utama kerana semua kedai diarahkan tutup pada jam 8 malam.
"Setakat ini, semua premis perniagaan mematuhi arahan tersebut namun pemantauan akan terus dilakukan bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana kita bimbang masih ada yang beroperasi selepas jam 8 malam," katanya.
Mengulas mengenai keadaan Pasar Awam Air Itam, Soffian berkata, keadaan di kawasan itu terkawal dan orang ramai menjaga penjarakkan sosial selepas Pejabat ADUN dan MBPP menyediakan garisan yang perlu dipatuhi selain menghadkan jumlah pembeli yang masuk ke dalam pasar.
Menurutnya, polis turut menggunakan perkhidmatan dron untuk memantau keadaan terutamanya di kawasan 'hot spot' seperti pasar dan kawasan tumpuan orang ramai
Soffian berkata, sehingga kini, pihaknya menahan 131 individu dan 92 telah dituduh di mahkamah.
"Sebanyak 42 kertas siasatan dibuka dan kebanyakan daripada mereka didapati ingkar PKP dengan berkumpul, beriadah, bermain bola sepak dan menghalang tugas penjawat awam," katanya.
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.