Petugas kesihatan dikompaun merokok di premis makanan
Iklan
Tular di media sosial dakwaan seorang kakitangan KKM merokok di sebuah restoran di Rawang. Foto sumber media sosial
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan individu yang tular merokok di sebuah premis makanan di Rawang merupakan penjawat awam dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.
KKM dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan kompaun telah dikenakan terhadap individu berkenaan di bawah Seksyen 16(2) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) kerana merokok di tempat makan.
Iklan
Iklan
Menurut kementerian itu, tindakan tatatertib dalaman turut akan diambil selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) bagi memastikan integriti perkhidmatan awam terus terpelihara.
Terdahulu, tular di media sosial dakwaan seorang kakitangan KKM merokok di sebuah restoran di Rawang.
Iklan
KKM menegaskan premis makanan merupakan antara 28 kawasan larangan merokok yang diwartakan bagi melindungi kesihatan awam.
"Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga kerja yang melanggar undang-undang, dan akan terus melaksanakan penguatkuasaan secara tegas, adil serta konsisten,” menurut kenyataan itu. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Keputusan kediaman menempatkan Najib masih belum dimuktamadkan - Polis"><meta itemprop="description" content="Jabatan Penjara Malaysia meminta polis hadir bagi menilai aspek keselamatan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta, Kuala Lumpur pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, penilaian itu dibuat menerusi mesyuarat penyelarasan antara polis dan Jabatan Penjara Malaysia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797302/berita/semasa/keputusan-kediaman-menempatkan-najib-masih-belum-dimuktamadkan---polis
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #JabatanPenjara #tahananrumah #NajibRazak"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T09:34:04.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/eli8c1giFeC8Gnkg3/x1080"><meta itemprop="duration" content="P145S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazpk6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazpk6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazpk6"></script>