Lelaki ditemukan maut dalam tandas stesen minyak

Iklan
Seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun ditemukan maut di dalam tandas sebuah stesen minyak di Taman Tronoh Baru, Tronoh, kira-kira 30 kilometer dari sini pada Isnin.

IPOH - Seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun ditemukan maut di dalam tandas sebuah stesen minyak di Taman Tronoh Baru, Tronoh, kira-kira 30 kilometer dari sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.20 petang sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah tiba di lokasi 14 minit kemudian.

Iklan
Iklan

"Setibanya di lokasi, pihak polis dan Kementerian Kesihatan (KKM) telah berada di tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri serta tersekat pada bingkai pintu tandas.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.20 petang sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah tiba di lokasi 14 minit kemudian.

Iklan

"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM. Difahamkan, mangsa merupakan orang awam yang singgah untuk menggunakan tandas di stesen minyak berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3 petang

Iklan

Beliau berkata, anggota bomba kemudian menjalankan kerja mengeluarkan mangsa dengan melaraskan kedudukannya sebelum berjaya membawanya keluar dari tandas.

Sabarodzi berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3 petang. - Bernama