Warga emas teruja berhari raya di Tanah Suci

Iklan
Nor Tipah (enam dari kiri) bersama peserta terpilih menunaikan ibadah umrah secara percuma menerusi tajaan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd.

TAPAH – Enam warga emas kategori asnaf melahirkan rasa teruja apabila berpeluang menyambut Syawal di Tanah Suci sambil menunaikan ibadah umrah secara percuma menerusi tajaan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd selama 12 hari sehingga 29 Mac.

Salah seorang penerima tajaan, Saadiah Ahmad, 69, berkata, peluang tersebut amat bermakna buat dirinya yang tidak pernah membayangkan dapat beraya di Mekah dan Madinah.

Iklan
Iklan

"Tidak sangka saya dipilih untuk menunaikan umrah dengan pembiayaan penuh termasuk wang saku,” katanya.

Saadiah berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelepasan Peserta Umrah Tajaan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd Peringkat Negeri Perak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batang Padang di sini baru-baru ini.

Iklan

Majlis tersebut dihadiri Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak, Nor Tipah Majin bersama Pengurus Wilayah Andalusia, Ahmad Hafiz Lukmanul Hakim.

Nor Tipah menyempurnakan gimik perasmian Majlis Pelepasan Peserta Umrah Tajaan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd Peringkat Negeri Perak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batang Padang di sini baru-baru ini.

Iklan

Sementara itu, Nor Tipah memaklumkan, kesemua enam peserta berusia antara 65 hingga 70 tahun itu telah disaring dari segi kesihatan dan didapati tidak mempunyai penyakit serius.

Dalam pada itu, Ahmad Hafiz berkata, pihak Andalusia menaja sepenuhnya pakej umrah kepada enam asnaf berkenaan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

Menurutnya, setiap seorang menerima pakej bernilai RM8,890 merangkumi tiket penerbangan, penginapan, makanan dan pengangkutan.