Jambatan Jalan Tongkang Pechah, persimpangan Bindu ditutup
Iklan
Gambar hiasan. - Foto Bernama
BATU PAHAT - Dua laluan di daerah ini iaitu Jambatan Jalan Tongkang Pechah dan Persimpangan Lampu Isyarat Bindu akan mula ditutup mulai tengah malam ini bagi memperkemaskan lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu melibatkan kedua-dua arah dari pekan Tongkang Pechah dan dari bandar Batu Pahat.
Sehubungan dengan penutupan jalan terbabit, kenderaan dari arah Tongkang Pechah boleh menggunakan Jalan Bindu seterusnya ke Jalan Kluang untuk ke bandar Batu Pahat dan begitulah sebaliknya.
"Pihak polis amat berharap orang ramai dapat mematuhi arahan papan tanda yang diletakkan di lokasi penutupan serta PKP yang dikuatkuasakan sekarang ini,” katanya.
Sementara itu, Azhan turut memaklumkan bahawa pihaknya akan membuat pemantauan bersama Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) di Pasar Awam Batu Pahat dari semasa ke semasa.
Beliau berkata, pihaknya akan memperketatkan kawalan jika orang ramai masih tidak mematuhi nasihat pihak berkuasa dalam menjaga jarak dan memakai penutup hidung dan mulut semasa membeli di pasar awam terbabit.
Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan Pasar Awam Batu Pahat dipenuhi orang ramai yang tidak mematuhi arahan PKP yang dikeluarkan pihak berkuasa. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>