SEREMBAN - Pemandu e-hailing, P Mahendra Boopathy, 53, tiba di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa untuk pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan hantarannya di Facebook.
Difahamkan, lelaki itu membuat hantaran mendakwa sebuah masjid di Rasah di sini sebagai masjid haram.